Friday, July 16, 2010

TIKET

MAJLIS BERBUKA PUASA ....
...'SEKUKUH IKATAN, SEINDAH RAMADHAN'.


TEMPAT : KELAB SULTAN SULAIMAN, KG. BARU
TARIKH : 14 OGOS 2010
MASA : 5.00 ptg - 10.00 malam
KOD PAKAIAN : Baju Raya
TIKET : RM 30 / per head


Menderma sambil berhibur..


Dapatkan tiket daripada saya, atau dari senarai ahli kami. Hanya RM30-00,dapat menikmati lebih daripada 15 hidangan. Dapatkan ia sebelum tarikh akhir 7 Ogos 2010. Hubungi kami, 24 jam. Terima kasih kerana sudi membantu..

Sunday, June 27, 2010

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim Rumah Darul Izzah, Bangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada semua yang sudi membaca blog ini, ingin saya berkongsi maklumat bahawa blog ini adalah cebisan perkongsian maklumat di mana Great Eventus Management (sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar semester akhir dari kolej MIIM) akan mengadakan sebuah majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Darul Izzah, Bangi.

Saya, sebagai moderator menubuhkan blog ini atas permintaan ramai di mana mereka yang sudi menghulurkan bantuan ingin melihat bukti sejauh mana program ini berjalan dan kesahihan majlis ini berikutan kes penipuan yang kian langsung berleluasa kini.

Oleh itu, melalui blog ini juga saya akan berkongsi beberapa maklumat tentang perkembangan terbaru majlis dan kami berharap masih ada hati-hati yang suci di luar sana dan ikhlas untuk menghulur sedikit bantuan demi menjayakan majlis bagi meraikan golongan anak-anak yatim ini di samping menyumbang dalam bentuk dana serta keperluan harian..

"Sebaik-baik sedekah adalah sedekah Ramadan.

Sebesar-besar kebaikan adalah memberi makan kepada mereka yang berpuasa."

Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.

Ini jelas dalam suran Al-Imran ayat,92:

لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنلَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ

“92.You will not attain unto piety until ye spend of that which ye love . And what ever you spend , Allah is aware thereof”

Dari Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi Muhammad S.A.W, baginda telah bersabda yang membawa maksud:

“Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.”(H.R. at-Tirmidzi)