Tuesday, August 10, 2010
Friday, July 16, 2010
TIKET
...'SEKUKUH IKATAN, SEINDAH RAMADHAN'.
TEMPAT : KELAB SULTAN SULAIMAN, KG. BARU
TARIKH : 14 OGOS 2010
MASA : 5.00 ptg - 10.00 malam
KOD PAKAIAN : Baju Raya
TIKET : RM 30 / per head
Sunday, June 27, 2010
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim Rumah Darul Izzah, Bangi
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kepada semua yang sudi membaca blog ini, ingin saya berkongsi maklumat bahawa blog ini adalah cebisan perkongsian maklumat di mana Great Eventus Management (sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar semester akhir dari kolej MIIM) akan mengadakan sebuah majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Darul Izzah, Bangi.
Saya, sebagai moderator menubuhkan blog ini atas permintaan ramai di mana mereka yang sudi menghulurkan bantuan ingin melihat bukti sejauh mana program ini berjalan dan kesahihan majlis ini berikutan kes penipuan yang kian langsung berleluasa kini.
Oleh itu, melalui blog ini juga saya akan berkongsi beberapa maklumat tentang perkembangan terbaru majlis dan kami berharap masih ada hati-hati yang suci di luar sana dan ikhlas untuk menghulur sedikit bantuan demi menjayakan majlis bagi meraikan golongan anak-anak yatim ini di samping menyumbang dalam bentuk dana serta keperluan harian..
"Sebaik-baik sedekah adalah sedekah Ramadan.
Sebesar-besar kebaikan adalah memberi makan kepada mereka yang berpuasa."
Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.
Ini jelas dalam suran Al-Imran ayat,92: